MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Posts tagged ‘nasihat’

Subuh vs Joging

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah ke Johor kerana

abang sulung saya akan melangsungkan perkahwinan di situ. Kami tinggal di homestay selama sehari di satu taman perumahan di negeri Johor itu. Surau di kawasan perumahan itu berhampiran dengan laluan berjoging. Usai solat Subuh berjemaah, saya melihat ramai orang bukan Islam sedang berlari di laluan berjoging itu. Orang Islam menuju masjid, orang bukan Islam menuju ke tempat berjoging. Satu kumpulan untuk mengerjakan solat Subuh, sekumpulan lain untuk berjoging.