MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Unta Padang Pasir

Diceritakan daripada Simak, Suatu hari Numan bin Basyir menyampaikan khutbah, bahawa Rasullulah  s.a.w. bersabda, Sesungguhnya Allah sangat gembira menerima taubat hamba-Nya tatkala ia bertaubat, melebihi daripada kegembiraan seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir kemudian haiwan yang dia tunggangi itu lari meninggalkannya. Sedangkan di atas haiwan tunggangan tersebut terdapat makanan dan minuman miliknya. Kemudian ia berputus asa untuk menemui kembali haiwan dan bekalannya itu.

Read the rest of this entry »

Dakwah Dengan Hikmah

Makan Berdiri. Rilekslah.

 Badri dan Aiman baru lepas menaiki LRT di Wangsa Maju. Kelas tuisyen mereka berdua akan bermula dalam setengah jam lagi. Bahang panas dari cahaya matahari membuatkan mereka cepat letih dan dahaga. Bagi menghilangkan rasa haus ,mereka segera membeli sebotol air 100 Plus. Aiman meneguk air tersebut dalam keadaan berdiri. Badri tidak senang dengan kelakuan Aiman yang minum berdiri kerana baginya minum sambil duduk lebih baik dan sopan. Lantas, Badri menegur Aiman dengan harapan temannya dapat menerima nasihat yang diutarakan. “Man, kau ni, kalau ye pun haus, duduk la dulu”. “Rilekslah, bukannya ada apa pun. Biasa memang orang buat macam ni kan.”

Pemandangan Universiti Yang Indah

Assalamualaikum, apa khabar iman kita pada hari ini? Sihat? Perlukan rawatan? Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Pada kali ini, alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT, dapat juga saya berkongsi dengan anda semua pengalaman saya menjadi seorang ‘budak kolej’. Teringat pula pada pensyarah Oral Communication saya beliau pernah bertanya pada saya dan rakan-rakan,

How old are you?”

Kami ramai-ramai menjawab,

Eighteen to be”, tidak mahu mengaku bahawa kami 18 tahun dan merasakan kami masih 17 tahun. Kemudian pensyarah ana menjawab,

Ouh, I’m teaching kids!”. Serentak dengan itu semuanya gelak. Ya, kami masih budak-budak.

Read the rest of this entry »

Karamah Pulang Dari Makkah

Makkah Yang Barakah

Pulang dari prep malam itu, fikiran saya sedikit terganggu. Berkecamuk dengan pelbagai rasa. Fikiran ini ligat berputar mencari suatu kecerahan.

Masih terngiang-ngiang apa yang dibualkan oleh sekumpulan pelajar di kelas saya.

“Banyak keajaiban berlaku kau tahu. Pak cik itu bila di Makkah, senang saja dapat kucup Hajarul Aswad. Macam ada orang yang menolaknya dari belakang. Mudah. Kucup berapa kali dia nak, cakap je,” ceritanya bersungguh.

“Wah, hebatnya! Orang lain pun susah nak kucup Hajarul Aswad, pak cik tu senang je. Walilah tu,” balas seorang rakan yang lain.

Saya hanya memasang telinga. Mendengar perbualan yang “panas” itu.

Tak lama kemudian, dia menambah, “Insya-Allah, aku dengar, mereka nak pergi haji, Makkah lagi tahun hadapan.”

Read the rest of this entry »

AISHETERU MUHAHAMMAD!

Aku memetik suis radio. Teringin rasanya untuk mendengar radio. Secara kebetulan deejay IKIM.fm baru memainkan lagu In-team, Pemergianmu. Aku terkesima lalu terduduk sambil menghayati bait-bait lagu:

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Read the rest of this entry »