MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Archive for the ‘Zikir dan Fikir’ Category

LUASNYA LANGIT, RAHMAT-NYA MAHA LUAS

Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi kita harus ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya.

Saya sendiri sering melihat ke langit yang luas terbentang apabila masalah datang menghadirkan diri dalam kehidupan. Melihat awan di angkasa raya, bergerak perlahan-perlahan, seolah-olah membawa bersama masalah yang ada pada diri ini. Andakah anda pernah rasa begitu? Saya yakin anda juga berasa begitu.

(more…)

Advertisements

Menerima Takdir Dengan Bijak Mengurus Tadbir

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

(more…)

Majoriti Taqwa Dengan Tarbiah

Untuk mencapai kemenangan agak mudah, tetapi untuk mengisi kemenangan itu lebih payah. Acap kali hakikat ini belum difahami oleh sesetengah pencinta dan pejuang Islam.

Ada yang merasakan kemenangan ialah noktah akhir dalam perjuangan. Bagi mereka, mendapat kuasa adalah segalanya-segalanya kerana dengan kuasa, seluruh hidup ini dapat diislamkan dengan segera. Hal ini kurang tepat kerana mencapai kemenangan bukanlah ukuran kepada kejayaan dalam usaha menegakkan Islam. (more…)