MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Archive for the ‘Dakwah & Tarbiyah’ Category

Seminar Pembangunan Karakter Berteraskan Surah Luqman

SEMINAR PEMBANGUNAN KARAKTER BERTERASKAN SURAH LUQMAN

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya, ‘Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar’ ” [Luqman 31: 13]

Insha Allah, Synergy Training dan Consulting dengan kerjasama Akademi Sinergi akan menganjurkan Siri ke-2 Ibrah Quran di dalam bulan April 2012 ini, “SEMINAR PEMBANGUNAN KARAKTER BERTERASKAN SURAH LUQMAN”.

Pada seminar kali ini, pihak kami berhasrat untuk mengembangkan salah satu kriteria unik pada Ashabul Kahfi, iaitu soal “Pembangunan Karakter”, dengan menggali worldview dan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Surah Luqman, sebagai substans kepada usaha membangunkan karakter di semua peringkat, iaitu di peringkat keluarga, tempat kerja, sekolah dan platform seumpamanya.

(more…)

Advertisements

IKLAN : ISLAMIA YOUTH FORUM PRE UNIVERSITY

 

 

Highly recommended for Post SPM 2011 student that want to be excellent in their studies in perspective of Islam. Only for male.

Register at iyf.my.

Any questions and details, kindly contact 013-4684034  (Abdul Aziz).

APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM?

“Apa erti saya menganut Islam?”, tidakkah soalan itu soalan yang tidak patut ditanya?

Tidak masuk akal untuk seseorang itu menjadi Muslim tetapi belum pernah memikirkan erti keIslamannya. Memilih sesuatu tanpa mengetahui apa yang dipilih?

Tidak… bukan begitu soalannya. Selama ini tidak pernah pun membuat pilihan, melainkan segalanya diterima secara kebetulan. Islam warisan. Islam yang turun dari emak ke anak, sebagaimana turunnya warna mata dan kerinting rambut.

Tanpa pernah memilih Islam, seorang Muslim mungkin menjadi musuh kepada keIslamannya sendiri. Menjadi perosak kepada agama yang dimeterakan ke pengenalan dirinya. Dia bukan sahaja gagal menikmati Islam yang dianutinya, malah dia mungkin sampai menganggap racun keIslamannya lantas meracuni orang lain dengan perbuatan-perbuatannya yang menyesatkan persepsi orang lain tentang erti Islam yang sebenar.

Sulitnya lagi, menjawab persoalan “apa erti saya menganut Islam” bukan pada perkataan dan penjelasan lisan, tetapi melalui perbuatan.

(more…)

CABARAN KEHIDUPAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Pemandangan Universiti Yang Indah

Assalamualaikum, apa khabar iman kita pada hari ini? Sihat? Perlukan rawatan? Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Pada kali ini, alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT, dapat juga saya berkongsi dengan anda semua pengalaman saya menjadi seorang ‘budak kolej’. Teringat pula pada pensyarah Oral Communication saya beliau pernah bertanya pada saya dan rakan-rakan,

How old are you?”

Kami ramai-ramai menjawab,

Eighteen to be”, tidak mahu mengaku bahawa kami 18 tahun dan merasakan kami masih 17 tahun. Kemudian pensyarah ana menjawab,

Ouh, I’m teaching kids!”. Serentak dengan itu semuanya gelak. Ya, kami masih budak-budak.

(more…)

AISHETERU MUHAHAMMAD!

Aku memetik suis radio. Teringin rasanya untuk mendengar radio. Secara kebetulan deejay IKIM.fm baru memainkan lagu In-team, Pemergianmu. Aku terkesima lalu terduduk sambil menghayati bait-bait lagu:

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Murabbi Cinta Itu Mencintaimu

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

(more…)

Macam Mana Nak Jadi Baik?

Renovate Hati Dengan Solat

Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Untuk membaiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat.

Itulah ungkapan yang sering saya lontarkan ketika majlis tazkirah di surau MRSM, dalam sembang-sembang santai bersama rakan dan juga ketika diri ini berasa lemahnya iman. Saya yakin inilah formula dan sifir bagi membentuk peribadi seseorang muslim itu. Saya tidak jemu-jemu mengulang ungkapan itu buat diri saya yang mudah lalai ini.

Ungkapan itu sebenarnya satu kesimpulan atau outcome yang terhasil daripada satu pertanyaan yang pernah diajukan oleh seorang rakan saya di MRSM Taiping kepada saya ketika kami berbual-bual santai.

“Kalau kita nak baiki diri ni, kita kena mula dari mana? Apa pendapat kau?”

“Mulakan dengan memperbaiki solat,” cadang saya.

(more…)