MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Archive for the ‘Cetusan minda’ Category

APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM?

“Apa erti saya menganut Islam?”, tidakkah soalan itu soalan yang tidak patut ditanya?

Tidak masuk akal untuk seseorang itu menjadi Muslim tetapi belum pernah memikirkan erti keIslamannya. Memilih sesuatu tanpa mengetahui apa yang dipilih?

Tidak… bukan begitu soalannya. Selama ini tidak pernah pun membuat pilihan, melainkan segalanya diterima secara kebetulan. Islam warisan. Islam yang turun dari emak ke anak, sebagaimana turunnya warna mata dan kerinting rambut.

Tanpa pernah memilih Islam, seorang Muslim mungkin menjadi musuh kepada keIslamannya sendiri. Menjadi perosak kepada agama yang dimeterakan ke pengenalan dirinya. Dia bukan sahaja gagal menikmati Islam yang dianutinya, malah dia mungkin sampai menganggap racun keIslamannya lantas meracuni orang lain dengan perbuatan-perbuatannya yang menyesatkan persepsi orang lain tentang erti Islam yang sebenar.

Sulitnya lagi, menjawab persoalan “apa erti saya menganut Islam” bukan pada perkataan dan penjelasan lisan, tetapi melalui perbuatan.

(more…)

MUSLIMKAH KITA?

  Mari kita refleksi diri kita sebentar. Perbetulkan posisi duduk; duduk dalam keadaan selesa tanpa ada sebarang gangguan. Selesa bukan? Kemudian tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Lega?

Perasankah kita bahawa kita sedang menikmati nikmat kurniaan Allah SWT setiap saat?
Eh. Mestilah!
Awak ucap Alhamdulillah tak selepas menghembuskan nafas?
Saya?
Ya, awak yang sedang membaca artikel ini. Siapa lagi kalau bukan awak yang sedang menghadap skrin ini.
Ya atau tidak? Geleng? Apa maksud awak? Tidak?
Takkan la setiap kali hembus nafas kena ucap Alhamdulillah? Tak jadi la kerja kalau macam tu.

(more…)

CABARAN KEHIDUPAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Pemandangan Universiti Yang Indah

Assalamualaikum, apa khabar iman kita pada hari ini? Sihat? Perlukan rawatan? Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Pada kali ini, alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT, dapat juga saya berkongsi dengan anda semua pengalaman saya menjadi seorang ‘budak kolej’. Teringat pula pada pensyarah Oral Communication saya beliau pernah bertanya pada saya dan rakan-rakan,

How old are you?”

Kami ramai-ramai menjawab,

Eighteen to be”, tidak mahu mengaku bahawa kami 18 tahun dan merasakan kami masih 17 tahun. Kemudian pensyarah ana menjawab,

Ouh, I’m teaching kids!”. Serentak dengan itu semuanya gelak. Ya, kami masih budak-budak.

(more…)

Karamah Pulang Dari Makkah

Makkah Yang Barakah

Pulang dari prep malam itu, fikiran saya sedikit terganggu. Berkecamuk dengan pelbagai rasa. Fikiran ini ligat berputar mencari suatu kecerahan.

Masih terngiang-ngiang apa yang dibualkan oleh sekumpulan pelajar di kelas saya.

“Banyak keajaiban berlaku kau tahu. Pak cik itu bila di Makkah, senang saja dapat kucup Hajarul Aswad. Macam ada orang yang menolaknya dari belakang. Mudah. Kucup berapa kali dia nak, cakap je,” ceritanya bersungguh.

“Wah, hebatnya! Orang lain pun susah nak kucup Hajarul Aswad, pak cik tu senang je. Walilah tu,” balas seorang rakan yang lain.

Saya hanya memasang telinga. Mendengar perbualan yang “panas” itu.

Tak lama kemudian, dia menambah, “Insya-Allah, aku dengar, mereka nak pergi haji, Makkah lagi tahun hadapan.”

(more…)

SOLAT SUBUH VS DEMONSTRASI

Dalam buku Misteri Solat Subuholeh Dr. Raghib al-Sirjani dinukilkan:

“Pernah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut kepada umat Islam kecuali satu hal berlaku, yakni apabila jemaah solat subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.

 

Atas dasar apa dia berkata demikian, tidak pula dinyatakan secara pasti. Namun, ada logik dan kebenarannya. (more…)

PUTUS ASA ITU MEMBUNUH!

Seorang pekerja di kilang makanan sejuk beku telah terperangkap tanpa tersengaja dalam sebuah bilik sejuk beku. Puas dicuba untuk membuka pintu bilik sejuk itu, namun tidak berdaya dia. Dia menjerit, sayangnya tidak ada siapa yang mendengarnya.

Kedinginan mula menyerap ke dalam tubuhnya. Dia begitu takut dan bimbang. Siapa yang akan menyelamatkannya?

(more…)