MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

SEMINAR PEMBANGUNAN KARAKTER BERTERASKAN SURAH LUQMAN

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya, ‘Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar’ ” [Luqman 31: 13]

Insha Allah, Synergy Training dan Consulting dengan kerjasama Akademi Sinergi akan menganjurkan Siri ke-2 Ibrah Quran di dalam bulan April 2012 ini, “SEMINAR PEMBANGUNAN KARAKTER BERTERASKAN SURAH LUQMAN”.

Pada seminar kali ini, pihak kami berhasrat untuk mengembangkan salah satu kriteria unik pada Ashabul Kahfi, iaitu soal “Pembangunan Karakter”, dengan menggali worldview dan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Surah Luqman, sebagai substans kepada usaha membangunkan karakter di semua peringkat, iaitu di peringkat keluarga, tempat kerja, sekolah dan platform seumpamanya.

 

Penyampainya, tidak asing lagi, adalah AL-Fadhil Ustaz bin Hasrizal Abdul Jamil. Beliau sudah menyampaikan kuliah pengajian Surah Luqman di beberapa buah surau di sekitar Lembah Kelang secara bulanan. Memandangkan respon dan sambutan positif yang ditunjukkan oleh warga surau, pihak Akademi Sinergi mengambil inisiatif menghimpunkannya menjadi 2 hari sahaja, bagi membuka peluang kepada masyarakat umum mempelajarinya secara intensif dan berstruktur.

Manakala kuliah umum terus berlangsung di surau-surau pilihan, yang boleh dirujuk kepada jadual program al-Fadhil ustaz.

MAKLUMAT ASAS:

  • Hari : Sabtu & Ahad
  • Tarikh: 21 & 22 April 2012
  • Masa: 9:00am – 5:00pm
  • Lokasi: Auditorium Utama Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

*Pelaburan: RM 200.00

(tambahan RM40 kepada yang memerlukan jamuan makan tengahari, minum pagi dan minum petang)

Pada akhir seminar ini, peserta akan mampu :

  1. Mengenalpasti cabaran-cabaran semasa yang melibatkan soal karakter di pelbagai peringkat dan melihat secara kritikal proses pembentukannya dalam sistem pendidikan semasa dan masyarakat
  2. Mendefinisikan beberapa kata kunci penting dalam Surah Luqman, bagi membentuk worldview yang tepat dalam mengoperasikan pendekatan-pendekatan dalam usaha pembangunan karakter
  3. Meneroka EMPAT dimensi pembentukan karakter, iaitu Fizikal, Intelektual, Emosi & Spiritual yang terkandung dalam Surah Luqman
  4. Menghubungkan prinsip-prinsip pembangunan karakter dalam Surah Luqman ke dalam konteks dan peranan masing-masing

Perubahan yang mahu dilakukan sebaiknya bermula dengan ‘circle of influence‘ yang paling dekat dengan kita. Dengan itu, seminar ini disasarkan kepada :

  1. Ibu bapa yang merancang mahu menjadikan platform keluarga sebagai proses pembentukan karakter yang solid kepada anak-anak
  2. Penggerak atau aktivis masjid yang mahu berperanan membina karakter masyarakat yang kukuh beridentitikan Islam melalui institusi masjid
  3. Wakil organisasi, persatuan atau syarikat yang berminat membangunkan karakter staf atau ahlinya
  4. Individu atau kumpulan pengkaji yang berminat membuat kajian dalam Pembangunan Karakter berintipatikan Surah Luqman
  5. Mahasiswa atau persatuan mahasiswa yang mahu menyerapkan usaha pembangunan karakter sebagai intipati tarbiyah di kampus masing-masing
  6. Guru-guru dan warga pendidik yang berhasrat membentuk karakter anak didik di sekolah masing-masing
  7. Pemimpin-pemimpin masyarakat, politik atau NGO yang mahu menjadikan platform mereka ke arah usaha ‘empowering’ masyarakat
  8. Penulis atau penggiat seni yang berminat menyebarkan intipati Surah Luqman melalui medium penulisan, karya, novel, skrip drama atau filem dan seumpamanya
  9. Sesiapa sahaja yang mahu mendalaminya atas sebab dan niat murni yang pelbagai

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai seminar ini, mohon hubungi:

Encik Firdaus  : 016-2220782

Encik Zainal  : 019-3624195

Atau emelkan pertanyaan kepada:

info@akademisinergi.com / akademisinergi@gmail.com

Untuk info tambahan, mohon tekan ikon di bawah:

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: