MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

BERSYUKURLAH

Bersyukurlah

 

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Yang Menguasai pemerintahan di hari Pembalasan.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim diceritakan:

Suatu ketika Nabi Muhammad SAW melakukan solat malam hingga kakinya bengkak. Melihat hal ini Siti ‘Aisyah merasa hairan, lalu berkata: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan ibadah sedemikian rupa padahal engkau telah dijanjikan oleh Allah SWT dengan pengampunan atas segala dosa-dosamu baik yang lalu mahupun yang sekarang?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak pantaskah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur?”

Subhanallah. Mulianya sifat seorang rasul yang maksum yang sangat bersyukur kepada Pencipta-Nya, walhal kita sebagai umatnya bagaimana pula agaknya? Tepuklah dada, tanyalah iman.

Sama-samalah kita renungi firman Allah dalam Surah Ibrahim : 34

Dan jika kamu menhitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan menghitungnya

Dan jika kamu menhitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan menghitungnya

Berbicara mengenai topik BERSYUKUR ini, teringat saya pada perbualan dua orang sahabat saya ketika dalam usrah:

“Aku ada baca satu artikel tu, kalau kita nak dekatkan diri pada Allah, salah satunya kita kena slalu bersyukur. Aku faham la bersyukur tu tanda terima kasih pada Allah, tapi yang buat aku confuse ni dia tulis even kita dapat musibah skali pun kena cakap Alhamdulillah. Macam mana tu?”

Jawab rakannya pula, “Memangla, tak kiralah kita dapat sesuatu yang baik atau buruk, kita tetap kena berterima kasih pada Allah SWT, sebab semua yang ditakdirkan untuk kita tak kira perkara baik atau buruk, tu semua adalah yang terbaik untuk kita. Contohnya kalau exam kau dapat C, mesti kau sedihkan? At the same time cuba kau bayangkan pulak kalau Allah bagi kau fail terus, mana satu yang lebih baik? Sebab tu la kita kena slalu bersyukur dan dengan cara tu jugak dapat dekatkan kita dengan Allah.”

Memang benar apa yang dikatakan oleh sahabat tersebut kepada sahabatnya tadi, kagum juga saya dengan jawapan yang diberikan. Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga beliau memahamkan rakannya tentang konsep bersyukur.

ERTI SYUKUR

Bersyukur adalah menerima dan bersangka baik setiap peristiwa yang terjadi dalam perjalanan hidup kita Dengan bersyukur boleh melatih diri kita agar sentiasa positif dan tidak bersikap berlebihan ketika menerima anugerah dan musibah yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Rasa syukur merupakan kekuatan yang luar biasa yang bisa menghilangkan dan mengatasi masalah dalam kehidupan kita.

Dengan bersyukur kita dapat mengubah musibah menjadi anugerah sebagaimana yang telah dianalogikan oleh sahabat kita tadi. Mungkin bagi sesetengah pelajar, mereka menganggap mendapat markah teruk itu merupakan satu musibah bagi mereka. Lain pula bagi pelajar yang sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah SWT, mereka memandang perkara ini dari sudut perspektif yang berbeza.

Mereka bersyukur kerana mereka yakin itu yang terbaik buat mereka. Mungkin Allah SWT tidak memberikan markah yang cemerlang buat mereka kerana Dia tidak mahu mereka menjadi bongkak dengan kejayaan tersebut. Mungkin juga dengan kejayaan tersebut akan menyebabkan mereka yakin akan cemerlang juga pada peperiksaan akan datang, justeru membuatkan mereka tidak bersungguh-sungguh hendak belajar. Dan mungkin juga Allah ingin memberi peringatan kepada mereka bahawa usaha mereka masih lagi belum mencukupi. Hmmmm… ada banyak kemungkinan di sini. Semestinya sebagai seorang muslim kita perlulah sentiasa berterima kasih kepada Allah SWT dengan melazimkan diri dengan menyebut ‘Alhamdulillah’.


SEDIKIT ORANG YANG BERSYUKUR

Namun begitu jarang sekali kita untuk bertemu dengan seseorang yang mengucapkan ‘Alhamdulillah’ apabila menerima sesuatu nikmat pada era serba canggih ini apatah lagi apabila dikurniakan kepada mereka sesuatu musibah yang pastinya ada hikmah di sebalik musibah tersebut. Seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT:

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)


Sering kita lupa untuk bersyukur kepada Ilahi, kerana merasakan segalanya dari usaha sendiri.

Ayat di atas sebenarnya menunjukkan bahawa Allah SWT berasa kecewa dengan sikap majoriti hamba-Nya yang memandang enteng mengenai soal ini. Bersyukurlah dengan mengucapkan ‘Alhamdulillah’, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah. Yang penting kita mestilah mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sedar atau tidak, apabila seseorang itu benar-benar bersyukur kepada Pencipta-Nya, secara tidak langsung otak akan menerima signal daripada hati, maka dengan automatiknya minda akan mengingati Tuhan Yang Maha Kuasa iaitu Allah SWT Yang Maha Pemurah, betapa kasih dan sayangnya Allah SWT terhadap hamba-Nya kerana telah memberikan nikmat atau musibah itu kepadanya supaya sentiasa bersyukur dan mengingati-Nya. Subhanallah ! Seterusnya dengan mengingati-Nya pula akan membuatkan kita berasa sentiasa dekat dengan Allah SWT.

Sedarlah wahai sahabat-sahabatku sekalian bagaimana dengan bersyukur itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Jadikanlah syukur itu sebagai amalan untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa supaya dapat menjadi hamba-Nya bersyukur.

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)"

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: