MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Ibrah Dari Rasulullah

Perang Jihad

Persediaan Menghadapi Perang

Sewaktu perang Badar,di samping mempunyai Angkatan Perang Islam, Nabi s.a.w juga mempunyai alat-alat perang dan kenderaan yang cukup lengkap sebagai tanda bersiap sedia untuk menghadapi sesuatu yang hebat. Baginda mempunyai lapan bilah pedang. Pedang yang pertama dimiliki oleh Baginda diberi nama Ma’tsur dan pedang-pedang lain diberi nama, A’dhab,Dzulfiqar,Qala’iy,Battar,Makhdzan,Qadhib.  Sebagai perlindungan diri, Baginda mempunyai tujuh baju besi dengan nama-nama tertentu sperti Dzatul Fudhul,Sughdiyah,Khirniq dan lain-lainnya. Selain itu, Rasulullah s.a.w memiliki enam bilah anak panah,diantaranya bernama Zauraa,Rauha,Katum,dan Sadad.

Empat batang tombak yang diberi nama Rutswiy,Mutatsanniy, dan lain-lain. Untuk maju ke medan perang, Baginda mempunyai beberapa ekor kuda , di antaranya bernama Sakb yang sangat kencang larinya, Murtajiz yang cantik ringisnya,Tsarb yang tegap badannya,Sabhah yang baik lariannya dan lain-lain lagi. Sungguhpun semua persiapan itu sesuai bagi membina kekuatan Islam, namun tidak semua Banginda gunakan untuk peperangan tetapi Baginda akan memilih mana yang sesuai mengikut gerakan dan bentuk peperangan yang akan dihadapi.

Begitu juga dengan kita sebagai seorang pelajar yang harus menyiapkan diri dengan selengkapnya untuk menghadapi peperangan iaitu peperiksaan. Mungkin persiapan kita lebih mudah dan ringan berbanding persiapan Rasulullah untuk menghadapi perang yang besar kerana situasinya berbeza. Namun kita haruslah mencontohi Rasulullah s.a.w yang sentiasa memastikan kelengkapan dan keperluan dalam sesuatu peperangan itu. Bukan itu sahaja, doa yang kuat dan semangat jitu selain keyakinan yang benar-benar mantap adalah kelengkapan utama Baginda dan angkatan perangnya. Begitu juga dengan kita. 4

Kita haruslah sentiasa berdoa agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam sesuatu peperangan dan jangan sesekali berhenti berharap. Keyakinan yang tinggi juga perlu ada dalam sanubari kita agar dapat menghadapi sesuatu peperiksaan dengan tenangnya. Contohilah Rasulullah s.a.w yang sentiasa menyediakan kelengkapan perang dengan sebaik mungkin.

Antara Sahabat dan Ikhwan

Pada suatu hari terjadi percakapan antara Rasulullah dengan Abu Bakar Al Siddiq.Sahabat-sahabat yang lain pun ada bersama mereka.

“Wahai Abu Bakar,begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan),”berkata Nabi s.a.w

“Bukan!” jawab Nabi.

“Kamu ini adalah sahabat-sahabatku,” selanjutnya Nabi berkata dan mengaskannya.

Keterangan Nabi itu sungguh menghairankan Abu Bakar, juga sahabat-sahabat lain yang hadir.Apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan,siapakah yang dimaksudkan Nabi s.a.w itu dengan penuh kerinduan? Demikian persoalan bermain dalam fikiran mereka dan suasan percakapan menjadi lebih serius kerana masing-masing ingin tahu mengenainya,malahan ini persoalan yang belum pernah mereka dengar dari Nabi s.a.w.

Nabi segera memahami suasana yang ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar dan sekalian sahabat yang ada di majlis itu. Maka segeralah baginda menghuraikannya.

“Ikhwan (saudara-saudara) ku.” “Mereka belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang-orang tua mereka.”

“Ya Rasulullah,bukankah kami ini ikhwanmu?” bertanya sahabat baginda,mereka masih merasa hairan dan ingin tahu penjelasan Nabi s.a.w selanjutnya

“Kamu semua adalah sahabat-sahabat aku,” jelas baginda.

“Wahai Abu Bakar,adakah engkau tidak akan merindui kepada ikhwanku itu kerana mereka juga mencintaimu kerana engkau adalah sahabatku?” Demikian Nabi memperjelaskan perkara itu.

Begitulah Nabi s.a.w menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah wafatnya baginda. Mereka itu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka tidak pernah bertemu  dengan baginda. Mereka membaca Qur’an dan Hadiths dan kerana itu mencintai Nabinya sebagai Rasul Allah. Mereka juga mencintai Abu Bakar Sidiq dan sahabat-sahabat Nabi yang berjuang dalam menegakkan Islam.

Adakah kita ikhwan Rasulullah? Anda mungkin menjawab “Ya! Sebab kita ini umat selepas baginda wafat.” Tetapi adakah kita mencintai dan beriman kepada Rasulullah? Layakkah kita digelar  sebagai ikhwannya sedangkan jiwa dan cinta kita sedang asyik terhadap dunia. Sesetengah daripada kita mencintai Rasulullah dan Allah lebih dari segala-galanya. Ilmu tentang  baginda tersemat di dalam dada. Tetapi, bagaimana dengan sahabat-sahabatnya pula?  Adakah kita mengenali  para sahabat baginda dan perjuangan mereka? Mari kita sama-sama tanya kepada diri. Tepuk dada,selami jiwa.

Marilah kita sama-sama tingkatkan kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya supaya kita dapat menjadi ikhwan yang terbaik dan umat yang layak digelar umat oleh Rasulullah s.a.w. selain daripada menjadi hamba yang taat lagi setia. Mari kita berdoa agar cinta kita tidak akan luput pada Allah dan RasulNya.

“Ya Allah! Aku memohon padaMu agar meraih cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu, & mencintai amalan yg menghantarkan pada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai dari diriku, keluargaku, & dari air yg dingin.”

 (HR. Tirmidzi)

Sumber:Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w. – Nawawi Dusuki

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: