MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

MUSLIMKAH KITA?

  Mari kita refleksi diri kita sebentar. Perbetulkan posisi duduk; duduk dalam keadaan selesa tanpa ada sebarang gangguan. Selesa bukan? Kemudian tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Lega?

Perasankah kita bahawa kita sedang menikmati nikmat kurniaan Allah SWT setiap saat?
Eh. Mestilah!
Awak ucap Alhamdulillah tak selepas menghembuskan nafas?
Saya?
Ya, awak yang sedang membaca artikel ini. Siapa lagi kalau bukan awak yang sedang menghadap skrin ini.
Ya atau tidak? Geleng? Apa maksud awak? Tidak?
Takkan la setiap kali hembus nafas kena ucap Alhamdulillah? Tak jadi la kerja kalau macam tu.

    Bukan, bukan itu maksud saya. Alhamdulillah, anda orang yang diberi hidayah dan peluang oleh Allah SWT untuk berada dalam majlis ilmu. Majlis ilmu online yang tidak seberapa untuk beriman sejenak. Ya, beriman sejenak setelah seharian menjalani rutin-rutin harian yang kadang kala kita lupa untuk mengingati Allah SWT. Jadi, kesempatan beginilah kita perlu memuhasabahkan diri, kita ini benar-benarkah muslim dalam sudut perbuatan dan percakapan? Waktu inilah peluang kita untuk mengetahui kelemahan-kelemahan yang boleh kita perbaiki supaya pada masa akan datang kita akan lebih menonjolkan kebaikan-kebaikan yang diajar oleh agama Islam dalam kehidupan seharian.

Susah? Ketahuilah bahawa mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.

KEMBALI KEPADA FITRAH

    Adakah anda tahu fitrah kita sebelum dilahirkan? Maksud saya fitrah seluruh manusia ciptaan Allah. Betul, kita beragama Islam secara fitrahnya. Kita inilah yang telah mengakui bahawa Allah SWT itu adalah Tuhan kita dan berjanji tidak akan menyukutukanNya. Habis, bagaimana pula dengan non-muslim? Mereka juga secara fitrahnya beragama Islam. Tetapi, setelah mereka dilahirkan di dunia barulah mereka menganuti agama lainnya kerana ibu bapalah yang mencorakkan sama ada anaknya beragama Majusi, Nasrani atau Yahudi. Itulah sebabnya kita tidak menggunakan istilah convert bagi mereka yang memeluk agama Islam sebaliknya kita menggunakan istilah revert. Maksudnya kembali, ya, kembali kepada Islam.

    Tidak lama sebelum ini, dua orang senior saya telah menceritakan pengalamannya revert into Islam. Perkongsian itu dinamakan Islam is my choice. Saya sangat bangga dengan mereka. Seorang berbangsa India seorang lagi berbangsa Cina; kedua-dua mereka lelaki. Semangat yang wajar dicontohi oleh kita semua. Kita sewajarnya bersyukur dilahirkan dalam keluarga Islam. Saya begitu sedih mendengar cerita mereka, betapa susahnya untuk menunaikan solat dan berpuasa. Kita? Tiada siapa yang menyekat kita untuk solat dan berpuasa. Tetapi mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Bersyukurkah kita dengan nikmat yang besar ini? Adakah kita menggunakan nikmat Islam ini sebaiknya? Dimanakah kita mencampakkan Iman dalam kehidupan seharian sedangkan orang lain bersusah payah mencari sebutir iman ditengah-tengah lautan manusia yang berbagai agama? Tepuk dada tanya diri adakah kita ini betul-betul menghargai pemberiaanNya.

    Salah seorang daripada senior saya berkongsi, emaknya menghentak-hentakkan beberapa kali kepalanya (emak) ke dinding apabila mengetahui anaknya memeluk agama Islam. Hati anak manakah  yang tidak sedih melihat seorang ibu sedang menyeksa dirinya disebabkan anaknya? Senior saya berkata, dia tak sanggup melihatnya kemudian terus berlari ke jalan raya; rasa seperti ingin bunuh diri. Mengapa ujian begitu berat menimpa dirinya? Namun, dia mempunyai iman seteguh karang, dia tahu sia-sia sahaja jika dia membunuh diri. Bagaimanakah kita? Jika ibu atau ayah menyuruh kita berhenti menonton televisyen untuk solat, apa yang kita jawab?
“Alah, kejap la. Cerita ni mana ada ulangan.”
“Waktu zuhur lama la. Kejap la ayah.”
“Tu abang tu emak tak bising-bising pulak, kalau adik emak berleter panjang. Suruhlah abang solat dulu.”
“Ala ibu ni, angah dah besar la. Angah takkan tinggal solat punya. Sekejap ye, bu.”

MENCONTENG ARANG PADA ISLAM

Inilah yang saya ingin cuba sampaikan.
Adakah kita telah menunjukkan contoh yang terbaik pada Islam?
Mengamalkan segala perintahNya?
Meninggalkan segala laranganNya?
Menjaga imej Islam sebaik yang mungkin agar tidak tercalar?
Bagaimana pula cara kita berpakaian? Sopankah? Menutup auratkah?
Adakah kita menjaga dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara?
Sekali lagi, adakah kita cuba menjaga kesucian Islam sebaik yang mungkin melalui imej kita?


    “Aku bukan insan yang sempurna”. Itu bukan alasannya. Kerana semua orang mesti berusaha ke arah tersebut. Senior saya menambah lagi, sewaktu beliau di sekolah berasrama sewaktu tingkatan 4 dan 5, beliau mula tertarik dengan Islam. Umat Islam setiap hari mesti minta tolong dan ingat Allah SWT sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Hebat bukan? Mereka ada tempat bergantung, menjaga tatasusila dengan baik dan solat berjemaah di surau setiap hari. Tetapi anda tahu tak bahawa apabila beliau mendaftarkan diri ke kolej, Islam seperti mati dan tidak bernyawa. Kawan-kawan aku hipokrit ke? Tak ada orang pun pergi ke surau untuk solat berjemaah. Ke diorang pergi surau dulu sebab kena kejar degan warden? Sama je macam agama lain, pakai seluar pendek atas lutut bagi lelaki, mencarut dan lebih parah lagi ada yang meninggalkan solat! Apa yang aku lihat di asrama khayalan atau realiti? Dan, keinginan untuk memeluk agama Islam luntur sedikit. Mujurlah beliau mempunyai minda yang positif dan logik, lihat agama pada ajarannya, bukan pada penganutnya.


Siapa yang mengubah perspektifnya?
Siapa yang menjadi fitnah kepada Islam?
Siapa yang memburukkan imej Islam?
Siapa yang menconteng arang pada Islam?

K.I.T.A

Kita yang tidak mengamalkan Islam sepenuh hati kita sehingga menyebabkan Islam difitnah. Mari kita sama-sama berusaha memperbaiki diri dan mengubah perspektif orang bukan Islam bahawa Islam itu indah seindah penganutnya. Mari sama-sama kita membuat anjakan paradigma. Islamkan perbuatan dan percakapan kita. Wallahua’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: