MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Unta Padang Pasir

Diceritakan daripada Simak, Suatu hari Numan bin Basyir menyampaikan khutbah, bahawa Rasullulah  s.a.w. bersabda, Sesungguhnya Allah sangat gembira menerima taubat hamba-Nya tatkala ia bertaubat, melebihi daripada kegembiraan seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir kemudian haiwan yang dia tunggangi itu lari meninggalkannya. Sedangkan di atas haiwan tunggangan tersebut terdapat makanan dan minuman miliknya. Kemudian ia berputus asa untuk menemui kembali haiwan dan bekalannya itu.

Berputus Asa

Lalu ia berteduh di bawah pohon sambil berbaring kerana ia benar-benar putus asa untuk berjumpa kembali dengan haiwan itu. Tiba-tiba ia tertidur.

Kemudian ketika ia bangun daripada tidurnya, ia mencari lagi untanya dengan berjalan kaki. Namun dia tidak menjumpainya. Kemudian ia berjalan lagi namun gagal menemuinya. Lalu dia mencarinya untuk kali ketiga tetapi masih gagal.

Untanya Datang Kembali

Tiba-tiba sahaja apabila ia sampai di tempat asal ia tertidur sebelum itu, di luar dugaan lelaki tersebut, tatkala ia duduk termenung, tiba-tiba haiwan yang dicarinya itu muncul lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian ia segera memegang tali tambatnya.

“Dan sesungguhnya Allah s.w.t jauh lebih gembira dengan taubat seseorang daripada musafir yang menemui kembali untanya di padang pasir.”

                                                                                                                                           (Riwayat al Bukhari, 6308;Muslim,2745)

PENGAJARAN

  • Keutamaan taubat kepada Allah s.w.t., sebab ia merupakan salah satu cara memperolehi reda-Nya.
  • Penetapan sifat gembira pada Allah s.w.t.
  • Allah sangat berlemah lembut dan berkasih sayang terhadap hamba-Nya.
  • Hendaklah seseorang waspada dan berhati-hati dalam mengurus keperluan dirinya.
  • Allah tidak menambah beban seseorang yang dalam keadaan kebingungan, yang tidak mampu berfikir  kerana sedang mangalami gangguan emosi seperti ketakutan.
  • Seseorang dibolehkan menceritakan kejadian yang menimpa orang lain, untuk tujuan pengajaran.

Rujukan : Kisah & Pengajaran daripada al-Quran, al-Hadis & Hayatus Sahabah


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: