MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Makan Berdiri. Rilekslah.

 Badri dan Aiman baru lepas menaiki LRT di Wangsa Maju. Kelas tuisyen mereka berdua akan bermula dalam setengah jam lagi. Bahang panas dari cahaya matahari membuatkan mereka cepat letih dan dahaga. Bagi menghilangkan rasa haus ,mereka segera membeli sebotol air 100 Plus. Aiman meneguk air tersebut dalam keadaan berdiri. Badri tidak senang dengan kelakuan Aiman yang minum berdiri kerana baginya minum sambil duduk lebih baik dan sopan. Lantas, Badri menegur Aiman dengan harapan temannya dapat menerima nasihat yang diutarakan. “Man, kau ni, kalau ye pun haus, duduk la dulu”. “Rilekslah, bukannya ada apa pun. Biasa memang orang buat macam ni kan.”

Makan dan minum berdiri sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita pada zaman sekarang. Ada sesetengah individu yang melakukannya sambil berjalan atau berlari .Orang tua acap sekali melarang kita melakukannya. Mungkin kita menganggap nasihat mereka hanya sebagai satu bentuk nasihat biasa yang tidak lebih untuk menjaga adat dan kesopanan.

 

Tidak dinafikan juga dari segi adat , kelakuan tersebut dilihat sebagai jelik dan tidak senonoh. Namun dari kaca mata agama , Islam melarang perbuatan yang sudah menjadi amalan dan sebati dalam masyarakat kita. Wahai pembaca-pembaca yang dirahmati Allah, pernah tidak terdetik dalam sanubari kalian mengapa kelakuan itu dilarang ? Setiap larangan itu , pasti mempunyai sebab munasabah yang dapat diterima oleh akal yang celik. Mari kita teliti hadis ini :

Dalam riwayat Muslim , daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ,” Janganlah ada di antara kalian bersungguh-sungguh minum sambil berdiri , sesiapa yang lupa maka hendaklah dia memuntahkannya.”

Dalam riwayat Muslim lagi , daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. melarang seseorang itu minum sambil berdiri , kemudian kami bertanya , ” Bagaimana kalau makan? ” Baginda berkata , ” Demikian itu lebih jelik dan buruk.”
Para pembaca yang dikasihi , ingin saya membuka minda kalian betapa setiap perkara yang dilarang oleh Islam jelas mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Mari kita dalami lagi keburukan makan  atau minum sambil berdiri dari sudut yang lain yakni dari kaca mata kesihatan itu sendiri.
  • Apabila berdiri , saraf-saraf manusia berada dalam keadaan tegang . Ia sedang bekerja keras untuk memastikan kedudukan otot stabil agar tubuh tidak jatuh semasa berdiri,. Ini melibatkan kombinasi banyak sistem saraf yang mengkoordinasikan dengan sistem otot termasuklah sistem saraf dalam usus.Makan atau minum sewaktu berdiri juga boleh merangsang saraf yang mengawal perut iaitu ‘ vagus nerve ‘ (10th cranial nerve ) . Urat ini juga berfungsi untuk memperlahankan jantung.Rangsangan ‘ vagus nerve ‘ ini boleh menyebabkan jantung menjadi perlahan dan mengakibatkan seseorang itu boleh pengsan atau pitam seketika . Bagi pesakit jantung , ia boleh membawa maut.
  • Makan atau minum sambil berdiri boleh menyebabkan luka atau ‘ ulcer’ pada perut .Makanan dan minuman yang masuk apabila berdiri akan menghentam dengan keras dinding usus seseorang menyebabkan ‘ ulcer ‘ atau luka berlaku . Kajian perubatan mendapati 95 % luka pada perut berlaku pada tempat yang biasa berlakunya  perlanggaran antara makanan dan dinding perut.
  • Makan atau minum sambil berdiri boleh menyebabkan kerosakan pada salur pencernaan.Apabila berdiri , makanan dan minuman akan jatuh dengan deras ke dalam salur pencernaan. Jika hal ini berlarutan , ia akan menyebabkan usus jatuh dan hilang sebahagian fungsinya.
Berdasarkan kajian doktor juga , ketika duduk saraf berada dalam keadaan rehat dan tidak menegang . Ini dapat memberikan ketenangan sehingga badan kita bersedia untuk menerima makanan dan minuman dengan selesa serta teratur .
Konklusinya , makan dan minum sambil duduk banyak mendatangkan pelbagai kebaikan kepada kita iaitu lebih sopan , lebih selamat dan yang paling penting lebih sihat kerana apa yang diminum atau dimakan oleh individu akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lembut.Kini ,terpulang kepada pembaca  sendiri untuk menentukan perkara yang terbaik untuk dirinya sendiri kerana dalam hidup ini sentiasa ada pilihan. Jika pilihan tersebut baik maka baiklah ia pada  masa akan datang dan begitulah juga sebaliknya.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: