MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Pemandangan Universiti Yang Indah

Assalamualaikum, apa khabar iman kita pada hari ini? Sihat? Perlukan rawatan? Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Pada kali ini, alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT, dapat juga saya berkongsi dengan anda semua pengalaman saya menjadi seorang ‘budak kolej’. Teringat pula pada pensyarah Oral Communication saya beliau pernah bertanya pada saya dan rakan-rakan,

How old are you?”

Kami ramai-ramai menjawab,

Eighteen to be”, tidak mahu mengaku bahawa kami 18 tahun dan merasakan kami masih 17 tahun. Kemudian pensyarah ana menjawab,

Ouh, I’m teaching kids!”. Serentak dengan itu semuanya gelak. Ya, kami masih budak-budak.

Namun di sini saya bukanlah ingin menceritakan perihal kolej saya tetapi berbalik kepada tujuan asal, cabaran kehidupan di institut pengajian tinggi. Sebelum ini saya juga pernah mendengarnya sebelum memasuki kolej tetapi mungkin apabila kita tidak mengalaminya sendiri, kita sukar untuk memahami dan menghayati seterusnya mengambil ringan perkara tersebut.

Apa Agaknya Ya Bentuk Godaan Di Kolej?

Pernah terfikir? Ha, inilah yang saya ingin ceritakan! Serius saya katakan, pertama kali ana masuk, saya terkejut habis. Anda bebas buat apa sahaja asalkan masuk kolej sebelum pukul 11.00 malam. Terdapat segelintir pelajar yang ‘cultural shock’ dengan mudahnya pergi ke Pusat Karoake bergaul tanpa memikirkan soal jantina.

“Ala, kitorang keluar je, bukan buat apa-apa pun, lagipun keluar ramai-ramai la…”

Mungkin kerana kesemua pelajar kolej ana merupakan pelajar-pelajar yang bakal ‘fly’ jadi mereka merasakan mereka perlu bergaul sebelum ke luar negara terutamanya bagi mereka yang akan ke United States.

Sungguh, bagi mereka yang membuat foundation, silalah jangan terjebak dengan perkara-perkara ini, lagi-lagi mereka yang mengambil American Degree Foundation lebih terdedah untuk ‘bersocialize’ kerana mereka perlu belajar ‘culture’ masyarakat Amerika. Sama juga bagi mereka yang mengikuti program lain, mudah terjebak dengan aktiviti bergaul tanpa batasan dengan mudah. Jadi, pada mereka yang belum dan bakal memasuki alam ‘school without uniform’ percayalah anda perlu menyiapkan mental dan fizikal anda sebelum mendaftarkan diri. Mantapkan jati diri dan keyakinan diri anda pada Dia yang Satu, Allah ‘Azza Wajalla.

Ini hanyalah satu daripada berpuluh-puluh masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar terutamanya yang beragama Islam. Hilang pegangan dan nilai jati diri apabila merasakan diri telah bebas daripada kongkongan ibu bapa. Sedangkannya tidak mengetahui Allah SWT sering memperhatikan setiap gerak-gerinya walaupun sesaat! Saya tidak dapat menggambarkan 100% betapa kehidupan di kolej 99.9% berbeza daripada kehidupan di sekolah berasrama.

Jika di sekolah anda akan ke surau untuk Solat Maghrib dan Solat Isya’ secara berjemaah, bagaimana pula jika anda di kolej? Jika yang tinggal di apartment bertingkat lima, rajinkah untuk memerah keringat berjalan kaki demi untuk ke surau? Itulah cabarannya, sudahlah penat kelas tamat pukul empat petang, hendak menunggu bas lagi, makan lagi, sucikan diri lagi, basuh baju, rehatkan badan, assignment yang bertimbun mesti disiapkan…Penat belum hilang lagi sudah perlu ke surau yang jauh tu? Menguji keimanankan? Itulah, hakikatnya.

“Tak payah la Solat Dhuha, kelas start pukul 8.00 pagi sampai pukul 12.00 tengah hari. Memangla ada waktu rehat, tapi kejap je..Nanti lecturer datang, kita lewat pulak!”

Huh? Habis tu dulu buat, sekarang? Baca al-Quran? Tiada siapa tanya , “Awak tak baca al-Quran ke hari ni?” Kecualilah kawannya seorang sahabat sejati. Sabtu dan Ahad tidak ada orang yang menjerit-jerit, terlolong dan terpekik untuk mengejutkan kita untuk bersolat Subuh. It is all depends on us! Awak bangun lewat? Kenapa tidak kunci jam?

Bagi yang lelaki, kehidupan di kolej adalah untuk ‘mencuci mata’.Bagi yang si Bunga pula tidak habis-habis melakukan pelbagai perkara demi menarik perhatian si Lebah. Again! Mencabarkan? Dahulu jika di sekolah bukan main kencang memberi tazkirah, “tundukkan pandangan, jaga pergaulan, jangan bersms dengan bukan maram, nanti tidak thiqah..pastikan tiada ikhtilat berlaku” tetapi apa sudah jadi di kolej? Yang perempuan, dahulunya cantik dan sempurna menutup aurat tetapi kenapa apabila di kolej seolah-olah hilang pedoman hidup. Stokin ke mana? Tudung ke mana? Tiada baju dan seluar yang lebih besar? Are you strong enough to face these phenomena?

Terjagakah Mutabaah Amal Di Kolej?

Bagi mereka yang mengamalkan mutabaah amal yakni disiplin dalam beramal, mampukah bertahan apabila berada di alam kolej? Sedangkan di rumah tidak terjaga inikan pula di kolej yang kehidupannya ternyata bebas tanpa sekatan ibu bapa. Inilah yang sering berlaku apabila berada di kolej. Kuncinya, pandailah dalam memilih kawan. Carilah kawan yang dapat menjaga mutabaah kita, dan kita pula dapat menjaga mutabaah amalnya. Menjaga mutabaah amal bukan semata-mata untuk berjaya di dunia, namun untuk di alam yang kekal nanti yakni Hari Pembalasan, Hari Akhirat.

Memang tidak dinafikan, kehidupan di kolej amat berbeza dengan kehidupan di sekolah asrama. Tiada Badan Dakwah & Rohani (BADAR) untuk menyuruh kita solat, tiada pengawas atau warden yang memantau setiap perlakuan dan disiplin kita, tiada siapa pedulikan kita! Again, it is all depends on us! Yang penting adalah diri sendiri,kemahuan diri sendiri untuk meraih cinta-Nya.

Setiap kolej pastinya mempunyai kelab-kelab berunsurkan keagamaan. Makanya, saya cadangkan anda mengikuti program-program yang dianjurkan oleh mereka atau menjadi anggota kelab tersebut. Bukannya apa, dalam beriman, kita perlukan kekuatan daripada orang-orang di sekeliling kita. Untuk ke syurga bukan kita seorang, tetapi kalau boleh seluruh umat Nabi Muhammad SAW, seperti motto sebuah kelab di kolej saya, ‘Together till Jannah’.

Sebelum mengakhiri artikel ini, mari sama-sama kita renungkan hadith ini:

Daripada Fadhallah bin Ubaid r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Berbahagialah orang yang diberi hidayah kepada Islam, manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada.”                               

(Riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim)


Advertisements

Comments on: "CABARAN KEHIDUPAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI" (2)

  1. hambaAllah said:

    mohon share 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: