MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Archive for February, 2012

BERSYUKURLAH

Bersyukurlah

 

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Yang Menguasai pemerintahan di hari Pembalasan.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim diceritakan:

Suatu ketika Nabi Muhammad SAW melakukan solat malam hingga kakinya bengkak. Melihat hal ini Siti ‘Aisyah merasa hairan, lalu berkata: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan ibadah sedemikian rupa padahal engkau telah dijanjikan oleh Allah SWT dengan pengampunan atas segala dosa-dosamu baik yang lalu mahupun yang sekarang?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak pantaskah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur?”

Subhanallah. Mulianya sifat seorang rasul yang maksum yang sangat bersyukur kepada Pencipta-Nya, walhal kita sebagai umatnya bagaimana pula agaknya? Tepuklah dada, tanyalah iman.

Sama-samalah kita renungi firman Allah dalam Surah Ibrahim : 34

Dan jika kamu menhitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan menghitungnya

Dan jika kamu menhitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan menghitungnya

Berbicara mengenai topik BERSYUKUR ini, teringat saya pada perbualan dua orang sahabat saya ketika dalam usrah:

(more…)

Ibrah Dari Rasulullah

Perang Jihad

Persediaan Menghadapi Perang

Sewaktu perang Badar,di samping mempunyai Angkatan Perang Islam, Nabi s.a.w juga mempunyai alat-alat perang dan kenderaan yang cukup lengkap sebagai tanda bersiap sedia untuk menghadapi sesuatu yang hebat. Baginda mempunyai lapan bilah pedang. Pedang yang pertama dimiliki oleh Baginda diberi nama Ma’tsur dan pedang-pedang lain diberi nama, A’dhab,Dzulfiqar,Qala’iy,Battar,Makhdzan,Qadhib.  Sebagai perlindungan diri, Baginda mempunyai tujuh baju besi dengan nama-nama tertentu sperti Dzatul Fudhul,Sughdiyah,Khirniq dan lain-lainnya. Selain itu, Rasulullah s.a.w memiliki enam bilah anak panah,diantaranya bernama Zauraa,Rauha,Katum,dan Sadad.

Empat batang tombak yang diberi nama Rutswiy,Mutatsanniy, dan lain-lain. Untuk maju ke medan perang, Baginda mempunyai beberapa ekor kuda , di antaranya bernama Sakb yang sangat kencang larinya, Murtajiz yang cantik ringisnya,Tsarb yang tegap badannya,Sabhah yang baik lariannya dan lain-lain lagi. Sungguhpun semua persiapan itu sesuai bagi membina kekuatan Islam, namun tidak semua Banginda gunakan untuk peperangan tetapi Baginda akan memilih mana yang sesuai mengikut gerakan dan bentuk peperangan yang akan dihadapi.

(more…)

MUSLIMKAH KITA?

  Mari kita refleksi diri kita sebentar. Perbetulkan posisi duduk; duduk dalam keadaan selesa tanpa ada sebarang gangguan. Selesa bukan? Kemudian tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Lega?

Perasankah kita bahawa kita sedang menikmati nikmat kurniaan Allah SWT setiap saat?
Eh. Mestilah!
Awak ucap Alhamdulillah tak selepas menghembuskan nafas?
Saya?
Ya, awak yang sedang membaca artikel ini. Siapa lagi kalau bukan awak yang sedang menghadap skrin ini.
Ya atau tidak? Geleng? Apa maksud awak? Tidak?
Takkan la setiap kali hembus nafas kena ucap Alhamdulillah? Tak jadi la kerja kalau macam tu.

(more…)

KEHILANGAN UNTA DI PADANG PASIR

Unta Padang Pasir

Diceritakan daripada Simak, Suatu hari Numan bin Basyir menyampaikan khutbah, bahawa Rasullulah  s.a.w. bersabda, Sesungguhnya Allah sangat gembira menerima taubat hamba-Nya tatkala ia bertaubat, melebihi daripada kegembiraan seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir kemudian haiwan yang dia tunggangi itu lari meninggalkannya. Sedangkan di atas haiwan tunggangan tersebut terdapat makanan dan minuman miliknya. Kemudian ia berputus asa untuk menemui kembali haiwan dan bekalannya itu.

(more…)

Dakwah Dengan Hikmah

Makan Berdiri. Rilekslah.

 Badri dan Aiman baru lepas menaiki LRT di Wangsa Maju. Kelas tuisyen mereka berdua akan bermula dalam setengah jam lagi. Bahang panas dari cahaya matahari membuatkan mereka cepat letih dan dahaga. Bagi menghilangkan rasa haus ,mereka segera membeli sebotol air 100 Plus. Aiman meneguk air tersebut dalam keadaan berdiri. Badri tidak senang dengan kelakuan Aiman yang minum berdiri kerana baginya minum sambil duduk lebih baik dan sopan. Lantas, Badri menegur Aiman dengan harapan temannya dapat menerima nasihat yang diutarakan. “Man, kau ni, kalau ye pun haus, duduk la dulu”. “Rilekslah, bukannya ada apa pun. Biasa memang orang buat macam ni kan.”

CABARAN KEHIDUPAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Pemandangan Universiti Yang Indah

Assalamualaikum, apa khabar iman kita pada hari ini? Sihat? Perlukan rawatan? Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Pada kali ini, alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT, dapat juga saya berkongsi dengan anda semua pengalaman saya menjadi seorang ‘budak kolej’. Teringat pula pada pensyarah Oral Communication saya beliau pernah bertanya pada saya dan rakan-rakan,

How old are you?”

Kami ramai-ramai menjawab,

Eighteen to be”, tidak mahu mengaku bahawa kami 18 tahun dan merasakan kami masih 17 tahun. Kemudian pensyarah ana menjawab,

Ouh, I’m teaching kids!”. Serentak dengan itu semuanya gelak. Ya, kami masih budak-budak.

(more…)