MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Ada satu tahun itu, saya menyambut Aidilfitri di Kedah. Subuh hari itu saya dapati tidak sampai 3 saf pun bilangan orang yang solat berjemaah. Hanya imam, bilal dan beberapa orang yang sudah berusia dan muka lama yang mengisi saf.

Mungkin, ramai yang yang sudah balik kampung masing-masing detik hati saya. Saya juga tidak boleh menyangka yang bukan-bukan kerana saya juga tidak tahu keadaan yang sebenar.

Selepas menjamah makanan sedikit, saya dan abang-abang saya mula berangkat ke masjid. Saya kira masih awal, lebih kurang 10 minit sebelum jam 8.30  pagi, (selalunya di Kedah pukul 9 solat sudah bermula) masih ada 40 minit lagi sebelum tibanya waktu solat sunat Aidilfitri. Namun, betapa sukarnya untuk mendapat tempat memarkirkan kereta. Begitu ramai sekali orang yang datang. Tempat letak kereata penuh sesak. Motosikal, basikal melmpah sehingga menyebabkan keadaan di luar masjid begitu sesak.

Alangkah bagusnya jemaah solat subuh seramai ini

Di dalam masjid. saya begitu sukar untuk mendapat tempat. Silap betul jangkaan saya. Saya mengira tentulah tidak ramai yang datang berdasarkan prestasi solat Subuh berjemaah pagi tadi. Rupa-rupanya perkiraan saya meleset. Nampaknya, umat Islam lebih serius mengerjakan solat sunat setahun sekali daripada solat wajib dan sunnah berjemaah seperti solat Subuh.

Aduh, inilah rutin dan adat yang sudah sebati dsn serasi dalam diri umat ini berpuluh-puluh tahun lamanya.

Saya dapati saf  melimpah keluar daripada masjid. Saya juga melihat ramai yang tidak menghayati takbir raya sepenuhnya- ada yang leka bersembang, ber’SMS’,bergambar senyum ketawa dan sebagainya.

eusai solat, ramai yang keluar tanpa mendengar khutbah. Atau pada yang masih menunggu tetapi sudah sibuk bersembang dan bergurau senda semula.

Saya rakamkan segala-galanya ini bukanlah untuk menyalahkan apatah lagi memperkecilkan sesiapa. Bukankah umat Islam bersaudara? Meludah ke langit, jatuh semula ke muka sendiri. Tetapi ini semua bukti betapa Islam tidak difahami oleh umatnya sendiri. Yang sunat ditatang bagaikan sesuatu yang wajib. Yang wajib, dipinggirkan dan dipandang remeh  bagaikan tidak berharga.

Pada hal kelebihan solat Subuh berjemaah bagaikan beribadah sepanjang malam. Solat Subuh berjemaah juga dijadikan KPI ( Key Performance Indicators), kalau boleh dikatakan begitu, oleh Rasulullah SAW dalam mengukur sesiapa dalam kalangan penduduk Madinah yang serius dan tidak serius dengan iman dan tauhidnya. Alhasil, ibadat sudah jadi adat. Solat sudah jadi ritual yang tidak membina spiritual umat.

Sabda Rasulullah SAW

“Pembatas antara kita dengan orang-orang munafik adalah menghadiri solat Isyak dan Subuh, kerana orang-orang munafik tidak sangup menghadiri kedua solat tersebut.”

(HR Muwathaha’ Imam Malik)

Dan kerana ini, kita ada alasan untuk sedih , marah, dan kecewa apabila ada yang beranggapan bahawa soal fardhu ain umat Islam sudah selesai dan yan tidak selesai hanyalah soal fardhu kifayah. Dan ada yang lebih sini berkata, janganlah asyik solat sahaja sehingga terlupq untuk membangunkan dunia.

Ingin diingatkan bahawa soal fardhu kifayah tidak selesai kerana kita mengabaikan penghayatan soal fardu ain.Percayalah orang yang paling akrab dengan Allah melalui solatnya, dialah yang paling banyak khidmatnya kepada manusia ( jika dia memahami ajaran Islam yang sebenar).

Sayidina Umar misalnya akan melantik pegawai-pegawai kerajaan daripada mereka yang menjaga solatnya. Dia berkata:”Aku pandang solat sebagai satu kewajipan yang paling penting. Seseorang yang memberi sepenuh perhatian kepada solatnya, akan memelihara perintah agama yang lain. Tetapi jika dia meninggalkan solat, dengan mudah dia akan meninggalkan suruhan agama yang lain.

Dan lupakah kita betapa sejarah mencatatkan bahawa Nabi SAW telah dipilih sebagai hakim dalam menyelesaikan  pertikaian di kalangan kaum Quraisy dalam peristiwa siapa yagn lebih berhak meletakkan kembali hajarulaswad ke tempat asalnya, kerana Baginda orang yang paling awal masuk ke masjid?

Dan bagi mereka yang masih beranggapan bahawa ramai umat Islam yang asyik solat dan beribadat hingga terlupa mengejar kemajuan dunia… kita seru:

“Bukalah mata luas-luas, lihat mana lebih ramai yang mengejar kemajuan dunia hingga lupa soal solat dan beribadat? Atau orang yang solat hingga terlupa membangunkan dan mengejar kemajuan dunia?

Kita tahu jawapannya!

Oh, saya terlupa saya menceritakan kebanyakan orang yang solat Subuh berjemaah di masjid kariah saya sangat berjaya dalam bidang mereka. Lupa duniakah mereka?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: