MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Kita seringkali melihat nikmat yang dimiliki orang lain, mulalah terdetik dalam hati, alangkah gembiranya aku jika mempunyai nikmat sepertinya. Namun pernahkah kita sedar diri kita ini hanyalah hamba Allah? Kita sering persoalkan berapa banyak nikmat yang kita ada tetapi jarang untuk persoalkan berapa banyak amalan yang kita lakukan kepada maha pencipta. Di saat kita dilanda musibah, kita mengeluh dan menangis seakan-akan diri kitalah orang yang paling malang dan paling kuat ditimpa itu dan ini.

Dahsyat sungguh sangkaan hamba Allah tersebut. Begitu tawaduk dan kusyuknya kita dalam beribadat. Bait-bait pujian kepada Allah hadir di hati dengan penuh rasa keinsafan..

Nah, cuba pula kita bayangkan di saat kita diberi nikmat yang banyak, rezeki melimpah ruah, hati kita berasa tenang bukan kerana mengingati Allah tetapi tenang kerana tiada gangguan yang terbit di hati, nikmat ada saja di sekeliling. Adakah kita masih ingat maha pemberi rezeki yang dahulunya tempat kita mengadu??

Jika ya, alhamdulillah.. Namun jika tidak, sedarlah! Kita lupa dan kita lalai. Tiada lagi puji-pujian kepada Allah kerana sudah merasa cukup puas dengan nikmat yang ada lantas tiada langsung kesyukuran.

Disebut dalam hadis Rasulullah s.a.w :

” Barangsiapa yang menginginkan doanya dipenuhi Allah ketika dalam keadaan kesukaran, maka hendaklah dia memperbanyakkan
doa di waktu lapangnya “

                                                                                                         (Hadis Riwayat Tirmidzi)

” Barangsiapa yang mengingat diri-Ku dalam dirinya. Maka Aku akan mengingati dia dalam diri-Ku. Barangsiapa yang mengingati-Ku dalam terang.
 Aku akan mengingatinya lebih terang lagi “

                                                                                      (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hakikatnya, kita sebenarnya memerlukan Allah walaupun dalam sekecil-kecil hal. Allah yang mengawal setiap tindak-tanduk kita kerana Dialah yang maha mengawasi. Tatkala hati kita berpaut kepada-Nya, hilang sudah rasa duka dan beban yang ditanggung kerana kita sedar segala apa yang terjadi adalah yang terbaik buat kita.

Cuma manusia yang sukar untuk melihat sesuatu yang berada di luar pengetahuannya. Tapi jika kita yakin dengan Allah, tiada apa yang menghalang kita merasai ketenangan. Mudah bukan? Ingatlah Allah sewaktu kita senang mahupun susah, tiada apa yang merugikan Allah tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mencelikkan hati untuk menemui kebahagiaan sebenar iaitu di akhirat kelak.

Marilah kita menyelusuri kisah tauladan Nabi kita SAW dan sahabat Baginda. Mereka ini telah meletakkkan Allah di hati mereka. Tatkala hati mereka berpaut pada Allah, tidak ada yang dapat menewaskan jiwa mereka ini.

Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”

Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur  dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.

“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”

“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Melihat enekdot-enekdot agung itu, kita seharusnya terkesima lalu bertanya pada diri kita sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.

Adakah Dia Di Hatimu?

Kalau ditanya pada kita, “adakah DIA di hati mu?”, kita hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin.

 
 
 
 
 
Advertisements

Comments on: "TATKALA HATIMU BERPAUT PADANYA" (6)

  1. Alhamdulillah said:

    ya Allah, alhamdulillah… semoga Dia dihati muslimin dan muslimat… Setiap hari kita bernafas, moga moga Allah kekal di dalam hati kita.. Setiap langkah kita moga-moga Allah sentiasa dekat dengan kita…Panjatkan kesyukuran terhadapNya… ingatlah Dia selalu..

    • insyaallah 🙂 dalam setiap hembusan nafas seorang muslim yang sejati itu pasti ada ingatan terhadap besarnya nikmat yang diberikan..kerana muslim sejati itu sentiasa bersyukur.

  2. subhanaallah.. indahnya tatkala hati brpaut pada-Nya.. tq utk pringatan ni 😉

  3. mumtazahiqa said:

    alhamdulillah,peringatan yg diberi cukup mmberi makna yg besar buat diri..dan tidak lupa,,ayat2nye mudah utk difahami.

    • Alhamdulillah. Maka tercapailah hasrat kami untuk menyampaikan sesuatu yang bernilai dan mudah difahami oleh orang yang membca. Mudah-mudahan kita dapat menerapkan segala peringatan yang diberi dalam menongkah arus kehidupan. Insyaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: