MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

SOLAT SUBUH VS DEMONSTRASI

Dalam buku Misteri Solat Subuholeh Dr. Raghib al-Sirjani dinukilkan:

“Pernah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut kepada umat Islam kecuali satu hal berlaku, yakni apabila jemaah solat subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.

 

Atas dasar apa dia berkata demikian, tidak pula dinyatakan secara pasti. Namun, ada logik dan kebenarannya.

Pada tahun 2009, sewaktu saya masih berada di tingkatan 3,isu Palestin mula kembali hangat. Hampir seluruh masjid di kawasan Pulau Pinang itu mengadakan ceramah tentang Palestin. Maktab saya juga tidak ketinggalan mengadakan ceramah Palestin.

Buktikan semangat jihad dengan Solat Subuhmu!

Saya masih ingat ketika ceramah berlangsung, ramai yang mengalirkan air mata kerana sedih melihat video yang ditayangkan, penderitaan rakyat Palestin. Ada juga yang mengatakan akan membantai Yahudi laknat itu (entah bagaimana dia nak membantainya?)

Hampir seluruh isi dewan itu mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk membantu rakyat Palestin.

Keesokan harinya, sewaktu solat Subuh di surau maktab, saya dapati hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang datang untuk solat berjemaah. Tidak ramai seperti ramainya isi dewan semalam. Ke mana perginya mereka yang bersemangat berapi-api semalam? Sudah hilang dipadam kesejukan waktu Subuh y ang dingin?

Tidak ada laungan Allahuakbar lagi sekalipun untuk sekadar bertakbiratulihram.

Cuba fikirkan mengapa terjadi demikian? Akan gerunkah musuh Islam kepada umat yang tidak solat Subuh berjemaah ataupun tidak solat Subuh langsung? Padahal demonstrasi hakiki yang benar-benar menggerunkan musuh (berdasarkan pengakuan penguasa Yahudi sendiri) ialah solat Subuh berjemaah yang dilakukan oleh majoriti umat Islam.

Tidak salah membakar bendera negara yang menzallimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu membakar selimut syaitan yang menghalang kita daripada bangun untuk solat Subuh berjemaah?

Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam, tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan untuk bertakbiratul ihram dalam solat Subuh berjemaah?

Hmmm, mampukah orang yang liat bangun subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke medan jihad untuk memerangi musuh Allah?

 

Liat Beginikah Kita Untuk Solat Subuh Berjemaah?

Advertisements

Comments on: "SOLAT SUBUH VS DEMONSTRASI" (4)

  1. saya_belajar said:

    saya setuju sangat2..itulah dia umat islam zaman sekarang..perlu terus ditegur agar tidak mudah lupa kerana fitrahnya manusia itu mudah lupa..terima kasih atas peringatan ini..:)
    *teringat aziz bagi tazkirah kat maktab..:D

  2. cm ne kte nk terapkn bnde sprt ini dlm dri msyrkt skrg….

    • sebelum menerapkan perkara-perkara seperti ini dalam masyarakat, kita perlu bermula dengan satu kelompok yang kecil..kemudian beralih kepada yang besar..dari individu (diri kita sendiri), keluarga, teman, masyarakat dan seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: