MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

PUTUS ASA ITU MEMBUNUH!

Seorang pekerja di kilang makanan sejuk beku telah terperangkap tanpa tersengaja dalam sebuah bilik sejuk beku. Puas dicuba untuk membuka pintu bilik sejuk itu, namun tidak berdaya dia. Dia menjerit, sayangnya tidak ada siapa yang mendengarnya.

Kedinginan mula menyerap ke dalam tubuhnya. Dia begitu takut dan bimbang. Siapa yang akan menyelamatkannya?

            Setelah ditunggu beberapa lama, tidak ada sesiapa pun yang datang. Kali ini pekerja itu benar-benar berputus asa. Dalam hatinya terdetik, “MATILAH AKU!”

Dirasakannya kedinginan bilik itu semakin mengigit hingga ke tulang. Setelah berasa yakin tidak ada sesiapa yang datang, pekerja itu mengeluarkan sekeping nota dan dia mula menulis surat wasiat!

            Dalam surat itu dengan sedih dia berpesan dan memberi amanat terakhir kepada isteri dan anak-anaknya. Bukan itu sahaja, dia turut menceritakan apa sahaja yang dirasakannya saat itu, termasuk sejuk menggigil yang mencengkam sampai ke tulangnya.

Keesokan harinya, apabila pintu bilik sejuk itu dibuka oleh beberapa pekerja yang lain, mereka terkejut kerana melihat sekujur mayat terbujur kaku dengan surat wasiat di tangan. Dan mereka lebih terkejut, bagaimana pekerja itu boleh mati? Kerana kesejukan? Tidak, kerana bilik sejuk itu tidaklah sedingin mana. Suis penghawa dingin di bilik itu telah dimatikan sejak semalam!

PENGAJARAN

Putus asa menyebabkan ramai manusia mati sebelum mati. Malah ada yang mati berkali-kali sebelum mati yang sebenar. Berusahalah dan berjuanglah hingga ke hembusan nafas yang terakhir. KEEP HOPE ALIVE.

Advertisements

Comments on: "PUTUS ASA ITU MEMBUNUH!" (2)

  1. tiniecullen said:

    makanan rohani frm mrsm taiping.
    i’ve been missing it 🙂

    • fikrahulislam said:

      Anda boleh menikmatinya semula. Kini dengan aspek erta dari sudut pandang insan lain juga, bukan hanya kumpulan BADAR sahaja. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: