MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Agenda Islam dalam persoalan politik semasa sepatutnya akan lebih membersihkan dunia politik yang selalu disifatkan sebagai a “dirty game.”

Hal ini selaras dengan sifat Islam yang suci dan menyucikan. Jika apa-apa yang diperjuangkan tidak kira pihak kerajaan atau pembangkang itu benar-benar Islam, langkah itu tentunya akan menghasilkan keadaan yang lebih positif.

Islam sudah sewajarnya mempunyai elemen untuk membersihkan dunia politik dan ahli politik dari segala kekotoran maksiat. Anehnya, perkara ini tidak berlaku. Malah, politik kelihatan lebih kotor, apabila elemen “Islam” dimasukkan ke dalam persaingan parti-parti politik. Maka, timbul satu persoalan yang besar di sini; apakah politik telah dislamkan atau Islam yang telah dipolitikkan?

 

Membersihkan Masjid Daripada Politik Yang Kotor                      

            Satu isu yang sangat berkait rapat dengan persoalan ini ialah kaitan antara institusi masjid dengan politik. Ada pihak beranggapan bahawa institusi masjd seharusnya bebas daripada sebarang kegiatan politik. Menurut mereka, para imam dan khatib tidak sewajarnya menggunakan khutbah dan kuliah agama sebaberanggapan bahawa institusi masjd seharusnya bebas daripada sebarang kegiatan politik. Menurut mereka, para imam dan khatib tidak sewajarnya menggunakan khutbah dan kuliah agama sebagai platform politik. Agama dan politik mesti dipisahkan.

Masjid Nabawi Tempat Berpolitik

Kedengarannya berbaur sekularisma, namun, tanggapan ini ada benarnya jika politik dilihat dalam realiti semasa. Umum kini melihat politik bukan lagi dari aspek ilmu dan falsafahnya, tetapi lebih diwarnai oleh perilaku parti dan gelagat ahli politik yang kotor. Kebanyakan kita melihat politik sebagai gelanggang perebutan kuasa, penggunaan wang, pertelagahan antara ahli-ahli parti, pembelotan dan tipu muslihat.

Menjelang pilihan raya, kita akan melihat bagaimana kaedah-kaedah yang tidak bermoral akan digunakan untuk mencapai kemenangan. Caci-mencaci dan cerca-mencerca misalnya, suatu yang lumrah dan perkara normal serta hampit diterima sebagai satu budaya politik semasa. Jika inilah wajah politik yang ada, maka wajarlah masjid diselamatkan daripada “kekotoran” itu. Politik sebegini bukan sahaja tidak layak dibawa ke dalam masjid, malah di luar masjid pun tidak layak diamalkan!

Mengimarah Masjid Dengan Politik Islam

            Ada pula pihak lain yang beranggapan bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan tidak boleh dipisahkan. Oleh kerana politik ialah salah satu cabang daripada ajaran Islam, maka para khatib, imam dan muazzin berhak menyentuh isu-isu politik kerana ia memang satu persoalan dalam kehidupan. Bukankah Islam satu cara hidup? Itu hujah mereka. Oleh itu, tidak salah jika masjid menyentuh soal-soal yang ada kaitannya dengan politik.

Tanggapan ini juga ada benarnya dengan syaray politik dilihat dari segi erti, falsafah, dan peranannya yang sebenar. Istilah “siasah” dalam bahasa Arab berasal daripada kata dasar yang bermakna, “to lead, to guide, to conduct, to direct”. Jika dilihat dari perspektif ini, majid bukan sahaja boleh dijadikan platform berpolitik, bahkan mesti dijadikan pusat kegiatan politik.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Politik Dalam Islam

 

            Urusan ini sangat penting dalam ajaran Islam kerana kepimpinan (politik) adalah antara alat untuk menegakkan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. Lantaran itu, politik menjadi sesuatu yang bersih kerana ditunjangi oleh aqidah yang mantap, dipantau oleh syariat yang benar dan dihiasi dengan akhlak yang luhur.

Hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Apabila tiga orang bermusafir bersama, hendaklah dilantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”

 [riwayat Abu Dawud, daripada Abu Said al-Khudri radhiyallaahu ‘anhu]

Begitulah cara Islam mengajar dan mendidik penganutnya hidup bertertib lagi sistematik. Soal keluar bermusafir itu mungkin sekadar rutin biasa yang diulang-ulang dari semasa ke semasa. Tetapi di dalam rutin itulah diselitkan unsur ketertiban hidup lantas salah seorang harus mengambil tanggungjawab menjadi ketua. Indahnya Islam dalam mengajar kita berpolitik dengan benar.

Masjid itu Gelanggang Politik

            Sejajar dengan ini, Rasulullah dan para sahabatnya telah menjadikan masjd sebagai tempat perbincagan dan mesyuarat untuk memimpin dan mentadbir manusia. Dari mimbar masjidlah Rasulullah S.A.W menjelaskan tanggungjawab pemimpin, peranan rakyat jelata, prinsip keadilan, susunan masyarakat, pembangunan ekonomi, pendidikan dan pelbagai urusan kepimpinan yang lain.

Islam tidak boleh terus kekal seperti “bahan komoditi” yang menjadi alat politik semata-mata. Kita tidak boleh melanggar nilai-nilai Islam dengan alasan untuk menegakkan Islam. Soal masjid boleh atau tidak dijadikan tempat berpolitik sebenarnya bergantung kepada bagaimana politik itu ditakrif, ditafsirkan dan dipraktikkan.

Jika politik ditakrifkan dan dilaksanakan dengan tepat mengikut Islam, maka masjidlah tempat tempat yang paling sesuai untuk berpolitik. Sebaliknya, jika takrifnya tersasar, atau dilaksanakan dengan cara yang salah, maka amatlah wajar masjid “diselamatkan” daripada sebarang aktiviti politik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: