MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Majoriti Taqwa Dengan Tarbiah

Untuk mencapai kemenangan agak mudah, tetapi untuk mengisi kemenangan itu lebih payah. Acap kali hakikat ini belum difahami oleh sesetengah pencinta dan pejuang Islam.

Ada yang merasakan kemenangan ialah noktah akhir dalam perjuangan. Bagi mereka, mendapat kuasa adalah segalanya-segalanya kerana dengan kuasa, seluruh hidup ini dapat diislamkan dengan segera. Hal ini kurang tepat kerana mencapai kemenangan bukanlah ukuran kepada kejayaan dalam usaha menegakkan Islam.

Kuasa belum menjamin tertegaknya hukum-hakam Allah. Kuasa hanya alat untuk menegakkan hukum Allah dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, sering terjadi, kuasa disalah gunakan apabila berada di puncak. Kadang-kala, kuasa yang dicapai belum tentu memberikan pertolongan dalam perkembangan dakwah. Renungilah ayat Allah ini :

Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku”,  (Al Israk : 80)

Kuasa boleh mengubah seseorang ynag tawaduk menjadi seorang ego. Untuk mengetahu “warana sebenar” pencinta dan pejuang Islam, lihatlah ketika dia mendapat kuasa.

Semangat yang meluap-meluap ketika ingin merebut kemenangan kadangkala bertukar malap secara beransur-ansur apabila tibas fasa bekrja untuk mengisi kemenangan. Hal ini memerlukan pengorbanan tenaga, harta dan masa. Mereka yang hanya mampu “meruntuhkan” kerana benci belum dapat “membina” atas dasar cinta kerana sudah menjadi sunnatullah meruntuhkan lebih mudah daripada membina. Meruntuh sekelip mata, membina mengambil masa.

Salah satu usaha “membina” yang sering terlepas pandang ialah usaha pembentukan generasi yang betul-betul menghayati roh Islam pada peringkat individu, keluarga dan masyarakat.Langkah ini perlu dioptimumkan terlebih dahulu sebelum membina sistem hidup dan undang-undang Islam. Bayangkan setiap unsur dalam ajaran Islam saling berkait dan tidak terpisah antara satu sama lain.Misalnya, hukuman kepada penzina hanya boleh dilaksanakan dengan adil apabila peluang berkahwin dibuka seluas-luasnya, dan jalan ke penzinaan seperti pergaulan bebas, pendedahan aurat serta tempat-tempat peleseran ditangani.

Begitu juga hukuman hudud bagi jenayah curi dan samun, sangat berkait dengan kewajipan zakat, prinsip takaful ijtimak dan lain-lain elemen ekonomi dan kewangan yang harus dibangunkan secara maksimum. Hanya dengan ini prinsip keadilan Islam dapat ditegakkan dengan sempurna dan terserlah keindahannya. Pelaksanaan undang-undang semata-mata belum menjamin kejayaan pelaksanaan syariat Islam yang syumul.

Kita tidak boleh membenarkan sikap gopoh dan kasar mengganggu proses membina generasi Muslim dengan hikmah dan istiqamah melalui kaedah dakwah dan tarbiyah. Rakyat perlu digiatkan terlebih dahulu dalam usaha membina cara hidup Islam dalam diri dan keluarga mereka sebelum bersedia membina Islam di peringkat yang lebih meluas lagi. Jika tidak, mereka hanya  akan menjadi “pemerhati” sahaja apabila tenaga dan komitmen mereka diperlukan. Mana mungkin mereka yang tidak serius menegakkan Islam pada peringkat diri dan keluarga, mampu menegakkan Islam pada peringkat masyarakat dan negara?

Anak tangga dlam menegakkan Islam mesti didaki secara bertahap-tahap. Pelaksanaan sistem Islam di peringkat ummah ialah proses akhir setelah Islam telah tertegak dalam diri, keluarga dan masyarakat. Jika proses ini cuba dilakukan tanpa mengikut tertibnya, tidak mustahil para pencinta Islam akan terkial-kial sendirian untuk menegakkan Islam di peringkat negara dan antarabangsa.

Jalan penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan membnetuk majoriti takwa dalam kalangan rakyat. Majoriti takwa dapat dibentuk setelah aqidah, syariat dan akhlak pemimpin serta rakyat mantap. Ketiga-tiga proses ini mesti dicapai melalui dua proses iaitu dakwah dan tarbiah. Dakwah untuk membangkitkan kesedaran dan kefahaman, manakala tarbiah untuk memberi bimbingan ke arah penghayatan, pengamalan dan perjuangan. Dengan ini, akan terbentuklah keluarga dan masyarakat Islam.

Usaha membentuk majoriti takwa ialah kaedah menegakkan Islam yang lebih berhikmah, toleran dan berkasih sayang. Insya-Allah, Islam akan tertegak di semua peringkat masyarakat tanpa kesan sampingan dan fitnah yang bertali arus. Ia seterusnya menjadi wadah untuk kita memanfaatkan persamaan dan dan menguruskan perbezaan dengan matang dan harmoni, jauh daripada situasi yang menjengkelkan seperti yang sedang kita lihat pada masa kini.

Tidak akan tertegak Islam di peringkat ummah selagi tidak tertegak Islam di peringkat masyarakat. Walaupun mungkin jalan ini lambat dan memerlukan “stamina” yang banyak, tetapi inilah jalan yang paling selamat dan menyelamatkan. Apa gunanya berjalan cepat jika tersandung dan akhirnya terpaksa berundur ataupun tersungkur?

Marilah kita berusaha membentuk majoriti takwa dengan menggiatkan usaha dakwah dan tarbiah secara ikhlas, berhikmah dan istiqimah. Allah akan bersama-sama majoriti takwa.

Firman Allah yang bermaksud :

“Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa”

(al-Jathiyah 45 :19)

Rujukan :

MAJALAH SOLUSI ISU 38

ISLAMIA YOUTH FORUM 16-18

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: