MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Sihat Dengan Bersolat

Sebagai orang Islam, Solat dilaksanakan kerana ia adalah perintah daripada Allah SWT yang diwajibkan kepada kita. Allah SWT telah menyebut perbezaan mengenai solat sebanyak 92 kali di dalam AL-Quran dalam 32 surah yagn berbeza. Sedarkah kita, pergerakan yang kita lakukan semasa solat bukanlah pergerakan yang biasa. Allah SWT telah mengurniakan pelbagai manfaat kesihatan hasil daripada gerakan-gerakan solat.

Salah satu pergerakan yang paling memberi kesan kepada kesihatan kita ialah sujud. Sujud merupakan satu keadaan yang mana kita sangat hampir dengan Allah SWT. Dari sudut kesihatan pula, kajian-kajian saintifik yang dibuat berjaya menemui pelbagai manfaat hasil daripada gerakan istimewa ini.

Antara manfaat kesihatan yang dapat dibuktikan dengan melakukan sujud ialah :

1.MENINGKATKAN KECERDASAN OTAK

Apabila kita berdiri tegak, biasanya pengaliran darah ke otak tidak mencukupi untuk keperluan otak. Apabila kita sujud, darah akan mengalir dengan lebih banyak ke bahagian otak yang sangat penting untuk kesihatan otak. Dengan sujud juga darah akan mengalir dengan lebih banyak ke bahagian kulit muka dan ia boleh menyegarkan kulit muka serta mengurangkan risiko terkena penyakit resdung.

Otak manusia

2.   MENGURANGKANKAN RISIKO MIGRAIN ATAU SAKIT KEPALA

Aliran darah yang meningkat ke bahagian otak semasa sujud mampu mengurangkan risiko serangan sakit kepala dan migrain

3. BAIK UNTUK PERNAFASAN

Apabila manusia bernafas secara normal, hanya 2/3 udara di dalam paru-paru sebagai udara lebihan. Udara yang tidak terusik ini boleh menakung bakteria dan juga habuk-habuk yang disedut dari udara dan mendatangkan pelbagai masalah kepada paru-paru kita. Apabila kita sujud, organ-organ dalaman kita akan sekali gus menolak paru-paru bahagian bawah ke atas dan boleh mengeluarkan udara berlebihan tersebut. Mekanisma ini sangat penting untuk menjaga kesihatan paru-paru kita.

Paru-paru manusia

4. MENGGERAKKAN SENDI-SENDI DAN OTOT-OTOT

Sujud melibatkan pergerakan kesemua anggota badan kita seperti kepala, kaki, tangan, bahu, tulang belakang, tulang pinggul dada dan sebagainya. Pergerakan sendi-sendi dan otot-otot anggota badan ini boleh melatih otot-otot tersebut untuk menjadi lebih kuat dan membantu melancarkan peredaran darah. Otot-otot yang bergerak boleh menghilangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh sendi.

5.   MENGELAKKAN PENYAKIT BUASIR

Kedudukan sujud yang mana pinggul lebih tinggi berbanding badan boleh mengurangkan risiko untk terkena penyakit buasir. Semakin banyak sujud, semakin kurang risiko untuk terkena penyakit ini kerana graviti akan menarik pembuluh darah buasir ke arah bertentangan arah.

6.   MENGUBAT PENYAKIT ROHANI

Lebih penting lagi, sujud boleh mengubat penyakit rohani jika kita betul-betul menghayatinya. Sujud boleh menyebabkan seseorang itu merasa rendah diri di hadapan Allah SWT dan merasai bahawa ALLAH sangat dekat dengannnya, sekaligus boleh mengikis penyakit-penyakit hati seperti sombong, riak dan takabbur.

Subbhanallah, kasih dan sayang Allah itu sangat luas kepada hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya, pada setiap kejadian itu ada tanda-tanda kebesaran Allah Al-Khaliq. Oleh itu, bersamalah kita menunaikan solat. Sukacita untuk diingatkan untuk diri ini dan semua, gerakan solat dan sujud yang kita lakukan bukanlah untuk mengejar manfaat-manfaat kesihatan tersebut. Ia hanyalah anugerah yang diberikan oleh Allah SWT yang Maha Pemurah.

Rujukan :

1.Solat Kebaikan dari Perspektif Sains: Membongkar Fakta-Fakta Saintifik di Sebalik Solat

2.Majalah Gen Q Isu 04

3.http://www.muslimhealthnetwork.org/islamandhealth.shtml

4.http://theonlinemuslim.blogspot.com/2008/01/prayers-and-healing.html

5.http://zurairifm.wordpress.com/2009/08/06/get-healthy-and-virile-pray-the-islamic-way/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: