MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Subuh vs Joging

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah ke Johor kerana

abang sulung saya akan melangsungkan perkahwinan di situ. Kami tinggal di homestay selama sehari di satu taman perumahan di negeri Johor itu. Surau di kawasan perumahan itu berhampiran dengan laluan berjoging. Usai solat Subuh berjemaah, saya melihat ramai orang bukan Islam sedang berlari di laluan berjoging itu. Orang Islam menuju masjid, orang bukan Islam menuju ke tempat berjoging. Satu kumpulan untuk mengerjakan solat Subuh, sekumpulan lain untuk berjoging.

 Melalui pemerhatian umum selama ini, saya dapati bilangan orang bukan Islam yang menuju ke taman atau mana mana sahaja untuk berjoging sentiasa mengatasi bilangan orang Islam yang menuju ke masjid untuk solat Subuh berjemaah.

Sedih, realitinya bolelah dikatakan orang bukan Islam yang ingin sihat tubuh badan lebih ramai berbanding orang Islam yang ingin sihatkan rohani. Mereka begitu serius inginkan kelebihan dunia. Sebaliknya, umat Islam tidak serius untuk mendapatkan kelebihan dunia mahupupun akhirat.

Mengapa tergamak saya berkata demikian? Ini satu realiti walaupun pahit untuk diakui. Apabila selesai solat subuh berjemaah, dan mula pulang ke rumah, saya dapati masih ramai umat Islam yang belum bangun. Kebanyakan rumah orang Islam masih gelap dan malap, terutamanya jika hari cuti Sabtu dan Ahad. Apakah penghuninya masih tidur?

Wallahua’lam, sukar untuk dipastikan.

Yang pasti, kehidupan mereka belum bermula. Aktiviti kehidupan (walaupun sekadar membersihkan rumah, pergi ke pasar dan lain-lain urusan) masih belum bermula.

Sayang sekali, dorongan Rasulullah SAW untuk umatnya meraih keberkatan pada awal pagi tidak mendapat sambutan.

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح’

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.’

                                                                                                                                                          ( at-Tabarani )

Al hasil, saya melihat selain sibuk berjoging, telah ramai orang bukan Islam yang telah membuka kedai,restoran dan premis perniagaan mereka.

Tidak hairan jika keberkatan waktu pagi telah berjaya diraih oleh mereka. Allah Ar-Rahman ( yang kasih-Nya melimpahi orang Islam dan bukan Islam). telah memberi rezeki kepada bukan Islam yang memulakan aktiviti jehidupan pada awal pagi.

Tidak hairan jika orang bukan Islam berjaya meraih kesihatan, kekayaan dan kehidupan fizikal serata material yang lebih baik berbanding umat Islam. Dan sedihnya kita umat Islam, sudahlah bangun untuk solat Subuh pun malas, bangun untuk berjoging, berniaga dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lain pun begitu juga. Dunia tercicir akhirat melepas!

Kalaulah keseriusan majoriti umat Islam untuk bangun solat Subuh berjemaah mampu mengatasi keseriusan majoriti bukan Islam yang bangun pagi untuk berjoging, saya kira akan berlaku satu anjakan yang besar kepada indek pencapaian rohani, kesihatan jasmani dan kecerdikan minda umat Islam yang boleh mengatasi orang bukan Islam.

Saya teringat kata-kata Rubayyi’ bin Amir (utusan tentera Islam) kepada Rustum (ketua tentera Parsi):

“Bersama aku adalah tentera Islam yang lebih cintakan mati daripada tentera tuan yang cintakan hidup!”

Sumber rujukan:

Majalah solusi

Beduk Diketuk

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: