MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Pandanglah Pada Diri

Assalamualaikum serta salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog yang sudi bertandang ke teratak blog saya yang masih lagi dalam pembinaan. Tidak perlu sayakira berbicara terlampau panjang perihal blog ini. Mari kita kembali ke tujuan asal artikel ini ditulis. Pandanglah pada diri.

Saya yakin tanpa menjelaskan panjang tentang tajuk ini, saudara-saudari sudah tentu terbayang dalam ingatan saudara-saudari tentang bermuhasabah. Ya, itulah maksud memandang kepada diri. Ramai yang mengetahui tentang itu, namun ramaijuga yang tersungkur saat memandang kembali nostalgi-nostalgia hitam yang membelenggu diri.

Manusia, sudah fitrahnya lupa. Sedangkan kata dasar insan yang membawa makud manusia itu sekalipun adalah lupa, maka tiada penafian yang dapat pilakukan. Manusia sememangnya mudah lupa kerana itulah fitrah kita.

Kerana itu Allah menyediakan pintu taubat yang dibuka seluas-luasnya. Tidak kira pagi atau malam. Keampunan serta rahmat Allah itu senantiasa ‘available’. Namun, di mana kita setelah lupa yang sementara? Adakah kita masih tetap bersama dengan hati yang lupa? Mengikuti nafsu serta seruan syaitan yang menjerumuskan diri ke alam hina dan penuh maksiat atau memandang kembali pada diri dan berfikir kembali. Di manakah kita?

Suka untuk saya ingatkan para pembaca serta diri saya sendiri. Kita mengerti erti muhasabah, malah kiita mengetahui bagaimana hendak bermuhasabah, kerana kita bermuhasabah perihal diri kita. Pernahka kita terdengar, semalam Tok Imam bermuhasabah pasal aku, semua yang aku lakukan dari kecil sampai besar Tok Imam bagitau. Berkat muhasabah Tok Imam, hari ni aku dah insaf. Pernahkah kita dengar?

Muhasabah adalah merenung kembali apa yang telah kita lakukan. Segala kesalahan, maksiat atau apa sahaja yang telah kita lakukan sepanjang bergelar manusia di atas muka bumi ini. Maka, masakan orang lain mampu bermuhasabah tentang diri kita.

Namun, ada juga antara kita yang tersungkur sewaktu memandang kepada diri. Ada juga yang putus asa terhadap rahmat serta keampunan daripada Allah. Golongan ini hampir tewas kepada seruan syaitan yang tidak akan pernah berhenti menggoda anak cucu adam sehingga ke hari kiamat.

Seorang ulama’ pernah ditanya, apakah syaitan itu tidur?

Ulama’ itu menjawab, alangkah baiknya jika syaitan itu tidur. Maka kita boleh berehat dengan tenang.

Maka untuk menghalang kita dari tersungkur sewaktu sedang memandang pada diri, satu stamina serta kekuatan perlu dibangkitan. Bagaimana caranya?

Renungi hadis ini;

Ada tiga perkara (syarat) untuk mendapatkan kelazatan iman iaitu mencintai Allah dan Rasul-Nya
lebih daripada mencintai orang lain; mencintai seseorang semata-mata kerana Allah; dan benci kembali
kepada kufur serupa dengan bencinya jika dia dicampakkan ke dalam api neraka yang menyala.  (Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka sebelum kita bermuhasabah itu, cintailah Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai orang lain. Perbanyakkanlah amal-amal yang disertai dengan keikhlasan. Pertingkatkanlah segala kekuatan roh dan jasad untuk menggerakkan diri bnerada di landasannya.

Cintailah seseorang semata-mata kerana Allah. Andai kita mampu membina satu ukhwah yang mantap dan jitu sudah tentu syaitan tidak mampu merasuk ke dalam tubuh badan kita. Kerana laatnya iman itu dapaqt kita rasa dan natijah muhasabah itu dapat kita cerna.

Terakhir, benci kembali kepada kufur serupa dengan bencinya jika dicampakkan ke dalam neraka. Maksudnya? Kita bertaubat atas segala kesalahan yang kita lakukan dan kita benci terhadap sesuatu kemaksiatan itu sama seperti kita benci dicampakkan ke dalam neraka.

Pendek kata, bermuhasabah ini perlu dimulakan dengan niat yang suci kerana mengharap keredhaan Allah. Perlukan taubat-taubat yang benar-benar ikhlas. Juga memerlukan ukhuwah persahabatan, yang mana sahabat itu tidak pernah lupa untuk mengingatkan. Dan diakhiri dengan perasaan benci yang mendalam terhadap kekufuran serta kemaksiatan.

Langkah yang jitu perlu diatur. Strategi yang mapan perlu disusun. Supaya kita tidak kalah dan hanyut dengan seruan syaitan yang menggoda. Saya yakin, kita tidak akan tersungkur andai kita mendapat serta merasai kelazatan iman yang disediakan oleh Allah buat hambanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: