MENCARI HUJAH UNTUK BERHIJRAH

Archive for December, 2011

Majoriti Taqwa Dengan Tarbiah

Untuk mencapai kemenangan agak mudah, tetapi untuk mengisi kemenangan itu lebih payah. Acap kali hakikat ini belum difahami oleh sesetengah pencinta dan pejuang Islam.

Ada yang merasakan kemenangan ialah noktah akhir dalam perjuangan. Bagi mereka, mendapat kuasa adalah segalanya-segalanya kerana dengan kuasa, seluruh hidup ini dapat diislamkan dengan segera. Hal ini kurang tepat kerana mencapai kemenangan bukanlah ukuran kepada kejayaan dalam usaha menegakkan Islam. (more…)

Advertisements

Sihat Dengan Bersolat

Sebagai orang Islam, Solat dilaksanakan kerana ia adalah perintah daripada Allah SWT yang diwajibkan kepada kita. Allah SWT telah menyebut perbezaan mengenai solat sebanyak 92 kali di dalam AL-Quran dalam 32 surah yagn berbeza. Sedarkah kita, pergerakan yang kita lakukan semasa solat bukanlah pergerakan yang biasa. Allah SWT telah mengurniakan pelbagai manfaat kesihatan hasil daripada gerakan-gerakan solat.

(more…)

Subuh vs Joging

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah ke Johor kerana

abang sulung saya akan melangsungkan perkahwinan di situ. Kami tinggal di homestay selama sehari di satu taman perumahan di negeri Johor itu. Surau di kawasan perumahan itu berhampiran dengan laluan berjoging. Usai solat Subuh berjemaah, saya melihat ramai orang bukan Islam sedang berlari di laluan berjoging itu. Orang Islam menuju masjid, orang bukan Islam menuju ke tempat berjoging. Satu kumpulan untuk mengerjakan solat Subuh, sekumpulan lain untuk berjoging.

Pandanglah Pada Diri

Assalamualaikum serta salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog yang sudi bertandang ke teratak blog saya yang masih lagi dalam pembinaan. Tidak perlu sayakira berbicara terlampau panjang perihal blog ini. Mari kita kembali ke tujuan asal artikel ini ditulis. Pandanglah pada diri.

(more…)